
![]() |
Apr 4, 2012 | Wednesday, April 04, 2012 | 0 candie blossom
Hyee Readersss ! Aku kmbali lagi ngn entry yang berguna pada gadis yang btudung ary nie :) Ari nie,aku nk bgi tips ckit ttng cara pmilihan gaya Tudung dan Selendang. Bentuk Muka Oval : ![]() Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu, dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka Oval. Sementara itu, bagi korg yang mempunyai bentuk muka Oval pula, korg bebas memilih gaya bertudung,bah kan korg dapat mengelakkan diri daripada menggunakan Hairband. Jadi jika korg pengemar selendang, korg bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung ataupun tidak :) Bentuk Muka Petak : Ciri muka bentuk petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan Hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail selendang Bienda atau ikatan dibelakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan tulang rahang yang lebar. Pilih lah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan :) Bentuk Muka Panjang : Seperti bentuk muka segi tiga, mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk muka kering yang lonjong dan relatif lebih tinggi degan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu korg untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka Oval, semua jenis selendang sesuai digayakan :) Bentuk Muka Bulat : Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua - dua pelapis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan Hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilih laa anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang, korg disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis dan agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selendang Pashmina nipis atau Pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun, korg disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum menggunakannya agar bentuk muka lebih bujur :) Bentuk Muka Segi Tiga Atau Diamond : ![]() Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong disebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti Hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan Hairband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat merek yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka Oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang korg tampak lebih terbuka :) DONE ! Haaaa, dah paham kan? Bentuk muka korg pn memainkan peranan yang penting. Untuk mengayakan tudung atau selendang yang sesuai dengan korg :) Selamat Mengayakan yerrr :) hehe. Trimassss ! :D |