
![]() |
Jum berteka teki :)
Sep 10, 2011 | Saturday, September 10, 2011 | 0 candie blossom
SOALANSyarikat apakah yang terbesar di dunia? Air apakah yang tidak akan beku? Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus? Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan? Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan. JAWAPAN - Amerika Syarikat - Air panas - Salah - Telur - Sauh SOALAN Pasukan bola manakah yang sukakan pedas? Stadium manakah yang terkecil? Mengapakah pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat? Siapakah yang selalu mengejar bola, tetapi tidak pernah dapat? Siapakah penyerang terbaik di dunia? JAWAPAN - Brazil. Samba a.k.a Sambal... Hahaha... - Stadium mini la... - Kalau bagi kad kredit itu bukan main bola namanya. - Pengadil perlawanan. - Semua penyerang jahat. Contohnya penyerang berani mati dan sama waktu dengannya. Melainkan dia mempunyai niat yang baik... ;-) SOALAN Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan? Binatang apa yang keluar haid? Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak akan penuh. Lubang apakah ini? Semakin kita potong, ianya semakin tinggi? Harimau apakah yang sangat popular di Malaysia dan selalu ditayangkan di kaca Televisyen? JAWAPAN - Sekolah cuti. - Kura-kura. Kalau dia nak keluar dari cengkerang, ianya akan mengeluarkan kepala(head). - Lubang jamban. - Kaki seluar. - Harimau Malaya. SOALAN Kenapa lelaki perlu beristeri tiga? Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut? Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik? Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais Apa bahasa cinanya lantai basah?? JAWAPAN - Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau tiga mestilah isTERI - Kalau di pakai kepak, macamana dia nak terbang. - Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam - Milo ais. - li chin. SOALAN Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah? Kenapa idung lembu berair? Burung apakah yang paling penyayang? Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia? Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih? JAWAPAN - Air hitam. - Lembu tak tahu kesat idung dengan tisu. Lagi satu bau tuan dia. - Burung belatuk. sebab dia bela atuk. - Kentut. - Micheal Jackson SOALAN Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar?? Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah JAWAPAN- Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! - lilin masa sambut Happy Birthday. - Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!! - Masukkan benang dlm lubang jarum. - Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA. SOALAN Kerja apakah yang paling meletihkan? Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati? Dari manakah asalnya kapur? Selalu dibasuh, tetapi tidak diseterika. Hinggakan berkedut. Apakah itu? Anggota badan buaya yang berada di atas darat? JAWAPAN - Menoreh(no rest) - Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan. - Ayam(ayam berak kapur) - Kulit testis. Hehehe. - Lidahnya(lidah buaya) SOALAN Benda apakah semasa pergi terbang, semasa balik berenang? Manusia suka melombongnya, namun tidak mendatangkan keuntungan langsung. Apakah itu? Penyakit apa yang selalu dihidapi oleh orang kaya? Binatang apa yang mempunyai kereta? Atas berbulu, bawah berbulu, kalau di bukak luas-luas merah, kalau disumbat berair. Apakah itu? JAWAPAN - Batu ladung(pada pancing). - Tahi hidung. - Kayap. - Lembu(kereta lembu). - Mata. >HAHHAHA< |